Murid yang mengikuti pakej STEM hendaklah mematuhi satu kriteria yang berikut:
-
Mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan; atau
Pakej STEM seperti ini memberi peluang bagi murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi sains, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan Enam seperti dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya.
Contoh kombinasi semua mata pelajaran sains tuten (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan yang dipelajari murid bagi pakej ini adalah seperti berikut:
-
Mengambil mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada bukan elektif STEM; atau
Pakej STEM pada para ini memberi ruang dan peluang kepada murid untuk menyambung pelajaran pada peringkat tertian dan menceburi laluan kerjaya dalam bidang berasaskan teknologi seperti kejuruteraan; sains komputer, reka bentuk, teknologi pembuatan, perakaunan dan lain-lain.
Contoh kombinasi mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mate pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada elektif bukan STEM yang dipelajari oleh murid bagi pakej ini adalah seperti berikut:
Mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu niata pelajaran vokasional (MPV).
Pakej STEM ini memberi peluang kepada murid untuk menyambung pelajaran pada peringkat sijil dan diploma di universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran yang menjurus kepada laluan kerjaya seperti bidang perniagaan, reka bentuk fesyen, hospitaliti, reka bentuk media (new media design) dan sebagainya.
Contoh kornbinasi sekurang-kurangnya dua mate pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu MPV mata pelajaran bagi kategori ini adalah seperti berikut: